Prom Space

EntriesAboutDarlinksLoves


Banjour!


Hello, my name is Nur Fatin Humaira bt Jamaludin. Welcome to my territory. Currently in Malacca. Hates anons, haters, and copypasters!Nice to meet you !
Now playing




DSAID-ians
Friday 25 January 2013 | 0 comments
Assalamualaikum and Hye.

I don't know how to describe this either I should happy or sad. Actually I got an offer from SBP. I got SM Sains Rembau. Tergaman seketika bila dapat tahu. Taktau perasaan sebenar. Tapi apa-apa pun, hidup kena teruskan. Therefore, I would like to share a few pictures.











Let Your Dream Be Bigger Than Your Fears
Tuesday 25 December 2012 | 0 comments
Assalamualaikum and Hye.
3 Beta yang AWESOME.


Alhamdulillah, thankyou Allah for giving me the best gift. I reallt appreciate it. What I feel now is extremly  happy. Hoho. Finally, my friends and I got straight A's in PMR. Those who didn't get straight A's, takpayah sedih-sedih okay. Actually, you've do the best. Maybe rezeki belum berpihak kat korang. Maybe SPM, korang akan dapat sesuatu yang lebih bernilai. Jangan putus asa tau. PMR hanyalah permulaan untuk perjalanan yang jauh. Yang dapat straight A's, perjuangan jangan di-stopkan. Sebaliknya teruskan perjuangan.

Thankyou to my teachers who always give me motivation and pray for me. Yelah, FatinHumaira nie jenis yang cepat gemuruh. Cikgu Hamidah (form teacher), Cikgu Ruhaizah, Madam Suzy, Teacher Rosni, Cikgu Rohana, Cikgu Norazah, Madam Zajarina, Ustazah Najmiah, Teacher Laili, Cikgu Fadhilah, semua guru-guru SMKDDS, cikgu yang ajar saya dari Tadika PASTI Jelatang and also cikgu SK Dato' Naning. Thanks for everything.



Kawan-kawan :
Aqilah, Nina, Sakinah, Munirah, Arissa, Saiyidah, Intan, Alisha, Soleha, Azwa, Nazirul, Raja, Renu, Agu, Hazirah, Lisa, Syahidah Sunny, Govin, Dinesh, Hau , Low,How, Chai Jaga, Laila, Amierah, Fahmi, Kamil and semua sekali. *Sebab dah penat nak tulis lagi.*
TerimaKasihDaunKeladi sebab sentiasa dengan saya ketika susah dan senang.

Okay, now nak ready belajar subject form 4. Bonda said, " Fatin, ingat silibus form 4 & 5 banyak. Memang susah nak catch up kalau tak mula study dari awal." Okay, honeymoon-honeymoon, bye jelah. Ayah dengan sukarela nak ajar Add Math. Yippi. Sayang ayah. Then, nak belajar medic, jadi doktor like my uncle and jiran. Teringin nak dengar orang panggil aku doktor. Heee!

pfft : Alhamdulillah, my brother got 8A in UPKK. I'm proud of him. Congratulations bro.




FatinHumaira

Random Post
Monday 10 December 2012 | 0 comments
Assalamualaikum and Hye!



Akhirnya, dapat jugaak idea untuk tulis entry. Alhamdulillah November telah berlalu. Disember hampir memasuki pertengahan. Soon , result PMR bakal keluar. Urm, about the date I don't mind as long as I'll get the result. However, lately nie rasa macam nervous pulak nak tunggu result. Guwa  jenis malas nak count down hari, tapi adalah sorang kawan nie, suka sangat count down, lagi nervous jadinya. 

The worst thing is I can't sleep. Dah parah betul sekarang nie. Kalau tidur mesti termimpi pasal hari result keluar sampai guwa takut nak tidur. Tak kira lah tidur waktu tengah hari atau malam, confirm mimpi hari tuh. Kronik betul masa-masa sekarang nie. Bak kata pepatah, "mandi tak lena, tidur tak basah". Lagi satu, I have a bad habit which I'll call my friends and takut-takutkan diaorang about that day. Tapi lepas tuh, boleh pulak kawan tuh takutkan guwa pulak. Hish, rasa macam nak sekeh je orang tuh.


Then, I asked my ibu sambil melalak pegang bantal busuk yang dah kepam , " Ibu, agak-agak ibu, Along boleh dapat straight A's tak? ". " InsyaAllah, kalau Along dah usahakan yang terbaik, Allah pasti akan bagi yang terbaik buat Along jugak " My ibu's answer. Huh, guwa lega dengar jawapan ibu. Kata-kata ibu memang selalu melegakan anaknya yang sedang huru-hara sekarang nie. Indeed, you always be number one for me until Jannah.

Guwa nampak gemukkan? Ibu still maintain je.
NurFatinHumairaJamaludin

Agama : Palestin yang Dicintai.
Wednesday 28 November 2012 | 0 comments

Palestin Kau Sentiasa di Hati
Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel laknatullah, peluru-peluru berpandu mereka dilepaskan tanpa mengenal erti kemanusiaan, baik kanak-kanak atau wanita mahupun warga emas semua menjadi mangsa kerakusan si durjana, seolah mereka berkuasa mutlak atas muka bumi ini, lupakah mereka yang Allah SWT lebih berkuasa daripada mereka, lupakah mereka, betapa ramainya para nabi diturunkan dalam kalangan mereka agar mereka berubah? Tetapi mereka tetap sombong serta angkuh mengaku mereka kaum termulia, selain kaum mereka hanya bertaraf binatang yang halal darahnya.
Lihat sahaja surah Al-Baqarah, Allah SWT mengkisahkan tentang kaum Yahudi, bagaimana banyaknya nikmat yang diberikan kepada mereka, tetapi mereka tetap kufur. Malah menafikan kerasulan nabi Muhammad SAW, kerana baginda bukan daripada bangsa mereka.
Hati terasa panas mendengar berita-berita tentang serangan yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap saudara seiman. Mereka menyerang saudara-saudara kita melalui udara dan laut tidak melalui darat kerana mereka adalah pengejut, takut untuk bertentang senjata  dengan tentera muslim, kerana Allah SWT sentiasa membantu tenteranya sehingga membuatkan musuh Allah menjadi gentar dan takut dalam berjuang. Hal ini dinukilkan dalam Al-Quran:
“Ketika tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “sesungguhnya aku bersama kamu, maka teguhlah (pendirian) orang-orang yang beriman”, kelak akan aku berikan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah pada tiap-tiap jari mereka.”  (Al-Anfal:12)
Palestin Yang Tidak Akan Luput
Walaupun Israel menguasai hampir keseluruhan bumi Palestin, mereka mengambil daripada umat Islam secara kasar, mereka penceroboh yang tidak pernah diadili di mahkamah dunia yang kononnya adil.  Tetapi Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada umat Islam malah Rasulullah SAW ada bersabda:
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Hadis Riwayat Bukhari)
Umat Islam sentiasa berjuang di Palestin sehingga membebaskan negeri ini daripada perakus-perakus sehinggalah akhir zaman. Hadis lain juga Rasulullah SAW menyebutkan:
“Penduduk Gharb (yang berada di arah Barat) akan senantiasa menegakkan kebenaran sehingga Kiamat datang”. (HR Muslim 13/68, Nawawi).
Imam Ahmad berkata,”yang dimaksudkan dengan Ahli Gharb adalah penduduk Syam.” Dan jawaban ini disepakati oleh Ibnu Taimiyah serta ulamak-ulamak yang lain  (Manaqibisy-Syam wa Ahlihi, halaman 76-77).
Maka kita sentiasa meyakini Palestin tetap akan menjadi milik kita walaupun pelbagai ujian menimpa, kerana keyakinan kita terhadap janji Allah SWT tentang perkara ini. Malah umat Islam di seluruh dunia akan bersatu-padu dalam menyelesaikan permasalahan ini kerana Allah SWT mengambarkan bahawa orang mukmin sesama mereka adalah pembantu antara satu sama lain.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain” (At-Taubah:71)
Palestin Yang Dicintai
Kecintaan kita terhadap tanah yang diberkati Allah SWT dan tempat penuh bersejarah bagi umat Islam, apabila Nabi SAW melakukan isra’ di sini, sehingga Allah nukilkan perkara ini dalam Kitab Suci:
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami, Sesungguhnya Dia maha mendengar, maha mellihat.” (Al-Isra’:1)
Tidak akan pernah padam, dan akan terus dinyalakan sehingga kita balik bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redha dengan kita. Kecintaan kita ini bukanlah bermusim tetapi sentiasa berbunga.
Mereka saudara kita yang dibina atas keimanan. Dan Rasulullah SAW bersabda tentang ukhuwah orang-orang beriman,
Daripada Nu’man Bin Bashir RA: Rasulullah SAW bersabda: “Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” (Hadis Riwayat Syaikhan)
Sekiranya orang-orang kafir yang menyokong perjuangan Palestin mempunyai perasaan terhadap sahabat-sahabat kita, kenapa tidak kita yang merasainya, kita yang sepatutnya lebih merasai kesusahan mereka.
Tugas Kita Wahai Orang Beriman:
Pada asalnya apabila sesebuah negara Islam dijajah, maka hukum untuk keluar berjihad menjadi wajib aini bagi negara tersebut untuk membebaskannya, sekiranya negara tersebut tidak mampu, maka hukumnya beralih ke negara yang bersebelahan dengan negara tersebut.
Imam Al-Qurtubi berkata: Boleh jadi sesuatu keadaan itu jihad menjadi wajib untuk semua pihak, sekiranya musuh menakluki negara islam atau sedang bergerak menuju ke negara Islam untuk menyerang, maka wajib bagi semua penduduk di negara tersebut keluar berjihad baik pemuda atau pun warga emas, semua atas  kemampuan masing-masing, sekiranya warga negara tersebut lemah dalam menghadapi tentangan tersebut, maka hukum wajib berpindah ke negara yang berdekatan dengannya sehinggalah negara tersebut dibebaskan. (Al-Jami’ liAhkamil Qur’an oleh Al-Qurtubi 8/150)
Pada zaman ini, kebanyakkan negara umat islam berkondusi lemah dalam banyak sudut baik ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan lain-lain sudut, sehingga negara-negara islam tidak mampu membantu negara Palestin yang dijajah. Dan sebagai mukmin yang sedar akan tanggungjawab ini kita menjalankan tanggungjawab sekadar yang mampu. Sekadar cadangan daripada saya:
1. Sebarkan kefahaman kepada masyarakat tentang permasalahan Palestin. Permasalahan ini perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat agar masyarakat kita mempunyai kesedaran untuk memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan orang mukmin, maka ia bukan sebahagian daripada mereka” (Akhrajahu Ibn Hibban dan Al-Hakim, Hadis ini didhoifkan oleh Imam Az-Zahabi dan Imam al-Albani)
2. Sentiasa mendoakan saudara seakidah kita di sana agar diberi kekuatan dan kemenangan buat mereka kerana doa adalah senjata orang mukmin, Doa yang tidak putus-putus untuk kita panjatkan pada Allah SWT. Imam As-Syahid Hassan Al-Banna mengatakan kekuatan kita terletak pada tiga perkara iaitu kekuatan iman, ukhuwah dan badaniah. Maka kita gunakan kekuatan iman dan ukhuwah kita dalam doa kita agar Allah azza wa jalla membantu mereka.
Sekiranya berlaku serangan besar-besaran terhadap saudara kita, maka bacalah qunut nazilah pada setiap solah kita. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW apabila beberapa orang sahabat RA dibunuh oleh orang musyrikin di Bi’r Ma’unah.
3. Boikot barang-barang yang jelas keuntungannya digunakan untuk membantu Israel dalam membunuh rakyat Palestin. Mungkin ada sebahagian pihak mengatakan bahawa boikot ini tidak memberi apa-apa kesan kepada ekonomi Israel, tetapi sebenarnya memberi kesan yang besar terhadap ekonomi Israel. Antara syarikat yang pernah terkesan akibat pemboikotan ini ialah Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup, penerbangan American Airlines ke tel Aviv bermasalah, penerbanagn Trans World America  muflis serta kempen memboikot produk Amerika di negara-negara Arab mengakibatkan kerugian sebanyak 40%.
4. Menderma kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza melalui mana-mana NGO yang berdaftar. Sumbangan ini amat penting bagi menggerakkan sosio-ekonomi rakyat Palestin di Gaza serta memulihkan infrastruktur-infrstruktur yang musnah akibat serangan Israel.
Sumbangan tersebut juga amat penting bagi memastikan rakyat yang tercedera dalam serangan mendapat bantuan perubatan dan ubat-ubatan yang mencukupi.
Penutup:
Api kecintaan kepada tanah Palestin mesti sentiasa dihidupkan, jangan biarkan ia bermusim, tetapi berbunga sepanjang kehidupan kita. Didiklah masyarakat kita, bentuklah anak-anak di rumah untuk sentiasa mencintai saudara-saudara seaqidah yang sentiasa berjuang membebaskan tanah air mereka.
Moga Allah SWT memasukkan kita dalam golongan yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu (apa yang telah Allah janjikan) mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)” (Al-Ahzab:23)

Wallahu ‘alam.

Credit to : Langit Ilahi

Dream and Hope
Assalamualaikum.

I wish today I'll go to the school and learning something :)




UKKM
Assalamualaikum dan Hye.
Credit to Syazana Oon

Last Monday, I had UKKM at MRSM Tun Ghafar Baba. Apa UKKM tuh? "Ujian Kemasukan Ke MRSM". Alhamdulillah, semuanya berjalan agak lancar. Actually masa exam tuh excited la, jumpa member masa kem last year. Alhamdulillah ukhuwah kami masih utuh lagi. Rindu dengan diaorang. Hehe. Manalah tau, next year kita masuk sana ramai-ramai. Amin-amin. Oh kepada yang belum exam tuh, Good Luck.
  
 
Okay, pasal UKKM tu, korang takpayah nak risau sampai 10 hari 10 malam tak makan dan minum. Actually, UKKM banyak keluar pasal apa yang kita pernah belajar selama 3 tahun di sekolah menengah. Okay lah jugak exam nie. Ada 3 paper tapi guna komputer. Okay, Wasalam.

FatinHumairaJamaludin!

SPM 2012 is COMING?
Sunday 11 November 2012 | 0 comments
Assalamualaikum and Hye!
   



Urm, SPM dah start since 5th November 2012. So, SPM and STPM Candidates, I wish all the best for you all. Do the best. Jangan hampakan harapan parents korang okay. I'm sure you'll success with flying colours if you put a lot of effort.Good Luck!
FatinHumairaJamaludin!


Older Post