Prom Space

EntriesAboutDarlinksLoves


Banjour!


Hello, my name is Nur Fatin Humaira bt Jamaludin. Welcome to my territory. Currently in Malacca. Hates anons, haters, and copypasters!Nice to meet you !
Now playing




Eclipse of the Moon for 2011 ( 1433 Hijrah)
Saturday, 10 December 2011 | 0 comments
Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia...


Apa khabar semua??? Fatin harap semuanya sihat...Pada malam tadi telah berlaku satu Fenomena Gerhana Bulan Penuh....Kalau tak silap I about from 10.05 PM untill 10.57 PM...I think lebih kurang dalam 48 minit. Ini kali pertama untuk tahun 1433 Hijrah....





Sesungguhnya, memang hebat kejadian ciptaan ALLAH... Fatin sendiri tak melepaskan peluang tengok tadi dengan family...Memang betul-betul menakjubkan...Subhanallah....Memang betul3 menakjubkan....Oleh itu, sebagai umat Islam kita disunatkan menunaikan  solat sunat gerhana bulan secara berjemaah serta memperbanyakkan doa.
Rasulullah SAW bersabda:
Apabila kamu melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami GERHANA), 

bersegeralah solat!
Cara Menunaikan Solat Gerhana
1.  Berniat mengerjakan solat gerhana.
             
           Lafaz niat untuk gerhana bulan!
   “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”. 
           Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”. 
2. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
3. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
4. Baca al-Fatihah dan Surah.
5. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
6. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
9. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
10 . Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
11. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya)
Memang cantik bulan malam nie....Lepas tu mula gelap gelita...Then, Kak Yana mesej Fatin..Dia cakap "Fatin, cuba tgk kat luar! Bulan dah tak ada" Fatin pun balas "Aah la, bln dah tak ada! Gelap-gelita kat luar nie...Takut pula! "Hehe! Fatin memang penakut sikit! Actually dari lepas maghrib tadi duduk kat luar rumah tgk bulan! Fatin harap sangat lepas nie dapat tengok gerhana bulan lagi...Maybe masa tahun 2014! Amin3!
GERHANA MATAHARI 2009

Gerhana Matahari 22 Julai 2009

Sebelum ini, Fatin pernah tengok GERHANA MATAHARI....Rasanya, masa fatin darjah 6 (2009)... Kalau tak silap la, GERHANA MATAHARI CINCIN pada 22 Julai 2009.. Teringat pulak Fatin waktu tu, kat sekolah! ...So, pihak sekolah buat la SOLAT SUNAT GERHANA...So, kitaorang pun bentang tikar kat tempat perhimpunan. Lepas tu solat Gerhana sama-sama dengan cikgu-cikgu and kawan-kawan....Memang sangat3 menakjubkan...Lepas solat ada khutbah...Waktu tu, Fatin dengan kawan tak dapat nak tahan lagi air mata...Memang teramat-amat menakjubkan... Subhanallah... Memang seronok masa solat Gerhana....Bayangkan la semua terlibat...Then, lepas habis khutbah kitaorang salam dengan cikgu..Memang tak dapat nak menahan SEBAK! Sempat lagi cikgu pesan , byk3kan berdoa..manalah tau permintaan awak dikabulkan....tiba-tiba teringin sangat nak tinjau masa tu...Pengalaman yang memang tak boleh dilupakan dan dibeli...


Salam Sayang :)
Fatin Humaira
 2.44 AM
11. 12. 2011

Older Post | Newer Post