|
Agama : Palestin yang Dicintai.
Palestin Kau Sentiasa di Hati
Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel laknatullah, peluru-peluru
berpandu mereka dilepaskan tanpa mengenal erti kemanusiaan, baik
kanak-kanak atau wanita mahupun warga emas semua menjadi mangsa
kerakusan si durjana, seolah mereka berkuasa mutlak atas muka bumi ini,
lupakah mereka yang Allah SWT lebih berkuasa daripada mereka, lupakah
mereka, betapa ramainya para nabi diturunkan dalam kalangan mereka agar
mereka berubah? Tetapi mereka tetap sombong serta angkuh mengaku mereka
kaum termulia, selain kaum mereka hanya bertaraf binatang yang halal
darahnya.
Lihat sahaja surah Al-Baqarah, Allah SWT mengkisahkan tentang kaum
Yahudi, bagaimana banyaknya nikmat yang diberikan kepada mereka, tetapi
mereka tetap kufur. Malah menafikan kerasulan nabi Muhammad SAW, kerana
baginda bukan daripada bangsa mereka.
Hati terasa panas mendengar berita-berita tentang serangan yang
dilakukan oleh musuh Islam terhadap saudara seiman. Mereka menyerang
saudara-saudara kita melalui udara dan laut tidak melalui darat kerana
mereka adalah pengejut, takut untuk bertentang senjata dengan tentera
muslim, kerana Allah SWT sentiasa membantu tenteranya sehingga
membuatkan musuh Allah menjadi gentar dan takut dalam berjuang. Hal ini
dinukilkan dalam Al-Quran:
“Ketika tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “sesungguhnya
aku bersama kamu, maka teguhlah (pendirian) orang-orang yang beriman”,
kelak akan aku berikan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir, maka
pukullah di atas leher mereka dan pukullah pada tiap-tiap jari mereka.” (Al-Anfal:12)
Palestin Yang Tidak Akan Luput
Walaupun Israel menguasai hampir keseluruhan bumi Palestin, mereka
mengambil daripada umat Islam secara kasar, mereka penceroboh yang tidak
pernah diadili di mahkamah dunia yang kononnya adil. Tetapi Allah SWT
menjanjikan kemenangan kepada umat Islam malah Rasulullah SAW ada
bersabda:
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang
bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka.
Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga
Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.”
Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di
Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Hadis Riwayat Bukhari)
Umat Islam sentiasa berjuang di Palestin sehingga membebaskan negeri
ini daripada perakus-perakus sehinggalah akhir zaman. Hadis lain juga
Rasulullah SAW menyebutkan:
“Penduduk Gharb (yang berada di arah Barat) akan senantiasa menegakkan kebenaran sehingga Kiamat datang”. (HR Muslim 13/68, Nawawi).
Imam Ahmad berkata,”yang dimaksudkan dengan Ahli Gharb adalah
penduduk Syam.” Dan jawaban ini disepakati oleh Ibnu Taimiyah serta
ulamak-ulamak yang lain (Manaqibisy-Syam wa Ahlihi, halaman 76-77).
Maka kita sentiasa meyakini Palestin tetap akan menjadi milik kita
walaupun pelbagai ujian menimpa, kerana keyakinan kita terhadap janji
Allah SWT tentang perkara ini. Malah umat Islam di seluruh dunia akan
bersatu-padu dalam menyelesaikan permasalahan ini kerana Allah SWT
mengambarkan bahawa orang mukmin sesama mereka adalah pembantu antara
satu sama lain.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain” (At-Taubah:71)
Palestin Yang Dicintai
Kecintaan kita terhadap tanah yang diberkati Allah SWT dan tempat
penuh bersejarah bagi umat Islam, apabila Nabi SAW melakukan isra’ di
sini, sehingga Allah nukilkan perkara ini dalam Kitab Suci:
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad
SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah
kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian
tanda-tanda (kebesaran) kami, Sesungguhnya Dia maha mendengar, maha
mellihat.” (Al-Isra’:1)
Tidak akan pernah padam, dan akan terus dinyalakan sehingga kita
balik bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redha dengan kita. Kecintaan
kita ini bukanlah bermusim tetapi sentiasa berbunga.
Mereka saudara kita yang dibina atas keimanan. Dan Rasulullah SAW bersabda tentang ukhuwah orang-orang beriman,
Daripada Nu’man Bin Bashir RA: Rasulullah SAW bersabda: “Perbandingan
orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan
yang satu, apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut
merasainya.” (Hadis Riwayat Syaikhan)
Sekiranya orang-orang kafir yang menyokong perjuangan Palestin
mempunyai perasaan terhadap sahabat-sahabat kita, kenapa tidak kita yang
merasainya, kita yang sepatutnya lebih merasai kesusahan mereka.
Tugas Kita Wahai Orang Beriman:
Pada asalnya apabila sesebuah negara Islam dijajah, maka hukum untuk
keluar berjihad menjadi wajib aini bagi negara tersebut untuk
membebaskannya, sekiranya negara tersebut tidak mampu, maka hukumnya
beralih ke negara yang bersebelahan dengan negara tersebut.
Imam Al-Qurtubi berkata: Boleh jadi sesuatu keadaan itu jihad menjadi
wajib untuk semua pihak, sekiranya musuh menakluki negara islam atau
sedang bergerak menuju ke negara Islam untuk menyerang, maka wajib bagi
semua penduduk di negara tersebut keluar berjihad baik pemuda atau pun
warga emas, semua atas kemampuan masing-masing, sekiranya warga negara
tersebut lemah dalam menghadapi tentangan tersebut, maka hukum wajib
berpindah ke negara yang berdekatan dengannya sehinggalah negara
tersebut dibebaskan. (Al-Jami’ liAhkamil Qur’an oleh Al-Qurtubi 8/150)
Pada zaman ini, kebanyakkan negara umat islam berkondusi lemah dalam
banyak sudut baik ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan
lain-lain sudut, sehingga negara-negara islam tidak mampu membantu
negara Palestin yang dijajah. Dan sebagai mukmin yang sedar akan
tanggungjawab ini kita menjalankan tanggungjawab sekadar yang mampu.
Sekadar cadangan daripada saya:
1. Sebarkan kefahaman kepada masyarakat tentang permasalahan
Palestin. Permasalahan ini perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat
agar masyarakat kita mempunyai kesedaran untuk memainkan peranan dalam
menyelesaikan permasalahan ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan orang mukmin, maka ia bukan sebahagian daripada mereka” (Akhrajahu Ibn Hibban dan Al-Hakim, Hadis ini didhoifkan oleh Imam Az-Zahabi dan Imam al-Albani)
2. Sentiasa mendoakan saudara seakidah kita di sana agar diberi
kekuatan dan kemenangan buat mereka kerana doa adalah senjata orang
mukmin, Doa yang tidak putus-putus untuk kita panjatkan pada Allah SWT.
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna mengatakan kekuatan kita terletak pada
tiga perkara iaitu kekuatan iman, ukhuwah dan badaniah. Maka kita
gunakan kekuatan iman dan ukhuwah kita dalam doa kita agar Allah azza wa
jalla membantu mereka.
Sekiranya berlaku serangan besar-besaran terhadap saudara kita, maka
bacalah qunut nazilah pada setiap solah kita. Sepertimana yang
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW apabila beberapa orang sahabat RA
dibunuh oleh orang musyrikin di Bi’r Ma’unah.
3. Boikot barang-barang yang jelas keuntungannya digunakan untuk
membantu Israel dalam membunuh rakyat Palestin. Mungkin ada sebahagian
pihak mengatakan bahawa boikot ini tidak memberi apa-apa kesan kepada
ekonomi Israel, tetapi sebenarnya memberi kesan yang besar terhadap
ekonomi Israel. Antara syarikat yang pernah terkesan akibat pemboikotan
ini ialah Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup, penerbangan American
Airlines ke tel Aviv bermasalah, penerbanagn Trans World America muflis
serta kempen memboikot produk Amerika di negara-negara Arab
mengakibatkan kerugian sebanyak 40%.
4. Menderma kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza melalui
mana-mana NGO yang berdaftar. Sumbangan ini amat penting bagi
menggerakkan sosio-ekonomi rakyat Palestin di Gaza serta memulihkan
infrastruktur-infrstruktur yang musnah akibat serangan Israel.
Sumbangan tersebut juga amat penting bagi memastikan rakyat yang
tercedera dalam serangan mendapat bantuan perubatan dan ubat-ubatan yang
mencukupi.
Penutup:
Api kecintaan kepada tanah Palestin mesti sentiasa dihidupkan, jangan
biarkan ia bermusim, tetapi berbunga sepanjang kehidupan kita. Didiklah
masyarakat kita, bentuklah anak-anak di rumah untuk sentiasa mencintai
saudara-saudara seaqidah yang sentiasa berjuang membebaskan tanah air
mereka.
Moga Allah SWT memasukkan kita dalam golongan yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati
apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, Dan di antara mereka ada
yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu (apa yang telah
Allah janjikan) mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)” (Al-Ahzab:23)
Wallahu ‘alam.
Credit to : Langit Ilahi
Older Post | Newer Post
I'm Just Me. No Others

Hello Earthlings! Nice to meet you! XD
Real Name : Nur Fatin Humaira bt Jamaludin
Nickname : Fatin
Date of Birth : 22nd January 1997
Stay : Malacca
Hometown : Johor Darul Takzim and Kuala Lumpur
Hobby : Reading, writing, listening music, blogging, watching tv and movie
Ambition : Paediatrician, Lecturer and Scientist [Anything related to biology]
Fav. Food : Spagetthi,
Fav. Drink : Coconut Shake, Slurpee, Chrysanthemum Tea and Ice Lemon Tea
Bestfriends : NurKhairunnisa Aqilah, Akalili,Sakinah, Munirah, Nina , Saiyidah, Fatin Hud, Raja, Sabin etc
Status : Forever IDK
Necessary Fact :
- Have been a first class student from primary school until now
- Study in Dato' Dol Said Secondary School
- Love boys or mans that wearing spec and quite cute
- Fans of Manchester United, Liverpool, Chelsea and Real Madrid
- In love with Science since standard one
- 5A's in UPSR . Targeting 8A's and 10A+'s !
Likes :
- Photography
- Scarf/shawl
- Tweeting
- Twillight, New Moon, Breaking Dawn
- Foods
- Domo Kun and Angry Bird
Dislikes :
- Annoyer
- Liers
- Haters
- Fakers
- Spammer
Dreams + Wishlist

The future belongs to those who believe in the beauty of their DREAMS!
- Be a Paediatrician
- Nikon DSLR
- MRSM Tun Ghafar Baba
- New lappy
- Wanna a beautiful homes for my family and I